Pemeriksaan sumsum tulang perlu dilakukan untuk megesan sel plasma yang tidak normal.- Gambar hiasan.

MULTIPLE Myeloma (MM) adalah sejenis kanser darah. Ia merangkap kanser darah yang kedua yang kedua tertinggi selepas kanser darah limfoma.

Bagaimana kanser darah multiple myeloma terjadi?

Kanser MM sejenis kanser darah yang bermula dari sel plasma di dalam tulang sumsum kita. Sel plasma adalah penting bagi menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan kuman.

Apabila terjadi MM sel plasma menghasilkan antibodi yang tidak normal; yang dipanggil M protein. Penghasilan antibodi yang tidak normal ini tidak berupaya untuk melawan jangkitan kuman sekaligus merendahkan sistem imunisasi badan dan pesakit senang mendapat jangkitan kuman.

Selain daripada itu sel kanser ini akan membiak dan menjadi tidak terkawal di dalam tulang sumsum sehingga menganggu penghasilan sel darah normal dan boleh membawa pelbagai komplikasi seperti anemia, pendarahan, sakit dan kerapuhan atau patah tulang, kegagalan buah pinggang, kadar kalsium yang tersangat tinggi di dalam darah dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Pelbagai kajian global yang dijalankan,jangka hayat pesakit lebih kurang tujuh bulan jika tidak dirawat dan adalah penting untuk medapatkan diagnosis dan rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi lebih buruk.

FAKTOR PENYEBAB

Faktor yang mengakibatkan kanser pelbagai myeloma sehingga kini tiada penyebab yang diketahui namun beberapa faktor meningkatkan kemungkinan berlakunya multiple myeloma.

Di antara faktor-faktor risiko ini adalah;

1. Peningkatan umur:Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan pesakit 65% adalah berumur 65 tahun dan ke atas.

2. Lelaki lebih cenderung daripada wanita.

3. Bangsa seperti Afrika- Amerika adalah cenderung untuk mendapat kanser multiple myeloma.

4. Radiasi: pendedahan kepada radiasi yang tinggi dan berpanjangan.

5. Sejarah keluarga.

6.Obesiti

7. Mempunyai penyakit sel plasma

SIMPTOM ATAU TANDA AMARAN

Biasanya kata Dr ramai pesakit tidak menunjukkan tanda amaran pada peringkat awal .Antara simptom yang berkaitan dengan kanser MM adalah;

1) Tulang: 70 peratus pesakit mengalami sakit tulang terutamanya di bahagian tulang belakang dan tulang rusuk dan tulang patah patologi.

2) Anemia:keletihan dan kelesuan kerana kekurangan darah.

3)Kerosakkan buah pinggang.

4)Kalsium yang tinggi membuatkan pesakit merasa dahaga, letih dan kerap membuang air kecil,sembelit dan mengalami kekeliruan.

5) Kekerapan jangkitan kuman

Kebanyakkannya kematian pesakit kanser ini adalah disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman.

DIAGNOSIS

Diagnosis pelbagai myeloma mungkin disyaki berdasarkan gejala yang dialami oleh individu seperti di atas.

Nasihat dan rawatan harus diperoleh daripada pakar perubatan yang bertauliah.

Pemeriksaan ujian darah seperti kelikatan darah dan elektroforesis serum, pemeriksaan sumsum tulang untuk megesan sel plasma yang tidak normal di dalam sum sum tulang dan pemeriksaan radiologi akan dilakukukan sebelum memulakan rawatan kepada pesakit.

RAWATAN KANSSER MM

Perancangan untuk rawatan multiple myeloma adalah bergantung kepada banyak faktor.

Sebelum memulakan rawatan.Secara kasarnya banyak jenis rawatan seperti kemoterapi,ubat anti kanser, rawatan radiasi dan pemindahan sumsum tulang.

Di samping itu, individu yang mempunyai multiple myeloma juga akan menerima rawatan untuk gejala seperti menerima pemindahan darah untuk merawat anemia atau antibiotik untuk merawat jangkitan.

Pakar bertauliah akan berbincang dengan pesakit dan menerangkan tentang perancangan rawatan, kesan baik dan kesan sampingan bagi setiap rawatan.- MalaysiaGazette

Dr. Nur Adilla Anuar merupakan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Hematologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan University Malaya Specialist Centre (UMSC) .

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast