MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi pada perutnya dalam kejadian di Madrasah Hj Ghani, Kampung Serkam Timur di Merlimau, Jasin malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Penolong Pegawai Bomba Mohd Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

“Setelah tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang pelajar tahfiz tercucuk kepala paip besi di bahagian perut.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi yang bersambung dengan kepala paip berkenaan menggunakan pemotong hidraulik,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau berkata mangsa dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast