KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan laluan kontra antara KM8.5 hingga KM7.2 di antara Lima Kedai hingga Tanjung Kupang di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) selama tiga hari mulai semalam (Jumaat) hingga 25 April 2021 (Ahad).

Laluan itu bermula dari jam 8 malam hingga 6 pagi bagi kerja-kerja pembinaan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan dan kerja berkaitan oleh kontraktor Projek Pembangunan Gerbang Nusajaya.

Justeru, pelanggan yang menghala ke Tanjung Kupang atau Singapura dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan ketika melalui kawasan terbabit. – MalaysiaGazette