MGNews: Pasangan Suami Isteri Dicekup Simpan Dadah Seberat 25kg

KUALA LUMPUR – Taktik seorang pemandu e-hailing yang membungkus dadah dalam bungkusan kecil bagi memudahkan pengedarannya kepada pelanggannya akhirnya tumpas selepas ditahan polis.

Suspek dibantu oleh isterinya yang menerima bekalan secara pukal daripada suspek lain, menyimpan dadah itu di rumah sewa mereka di Apartmen Bandar Sri Damansara.