Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.

Beliau berkata penutupan itu melibatkan sekolah menengah dan rendah namun enggan memperincikannya.

“Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat (membuka atau meneruskan penutupan sekolah).

“Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast