RIYADH – Kumpulan Houthi didakwa melancarkan serangan dron ke atas pangkalan tentera di bandar Khamis Mushait awal pagi ini, menurut jurucakap kumpulan tentera.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada Arab Saudi, yang mengetui kerjasama gabungan tentera dalam menangani pemberontak itu sejak lebih enam tahun.

Bagaimanapun dron itu berjaya dipintas.

Kumpulan Houthi yang yang menggulingkan pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi dari kekuasaan di Sanaa pada akhir 2014, berulang kali melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di negara ini.

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak perjanjian gencatan senjata di seluruh Yaman untuk membantu mengakhiri perang yang telah menyebabkan berlaku krisis kemanusiaan terbesar di dunia. – MalaysiaGazette