Son sebak sejurus selepas pasukannya kecundang di tangan Man City dalam aksi akhir Piala Carabao di Stadium Wembley malam tadi.

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur Heung Min Son sebak selepas pasukannya kecundang di tangan Manchester City dalam aksi perlawanan akhir Piala Carabao di Wembley semalam.

Impian pemain itu untuk menjulang piala pertama dalam kariernya bersama Spurs tidak kesampaian semalam.

Namun atas semangat kesukanan, Kevin de Bruyne dan Phil Foden memujuk dan menenangkan Son daripada menangis di atas padang selepas perlawanan itu.

Pep Guardiola berjaya menjulang piala berkenaan untuk rekod empat musim berturut-turut menyamai rekod Liverpool pada 1986.

Untuk Son ia merupakan aksi final bertama sejak berhijrah dari Bayer Leverkusen enam tahun lalu.

Pemain Korea Selatan itu sebak di atas padang selepas wisel penamat perlawanan akhir ditiup sementara majoriti skuad City meraikan kemenangan mereka.

Dalam karier Son, dia tidak pernah menang sebarang kejuaraan setakat ini.

Riyad Mahrez diangkat sebagai permain terbaik perlawanan akhir semalam berikutan aksi terbaik yang dipamerkan di stadium Wembley.-MalaysiaGazette