Vaksin AstraZeneca

OTTAWA – Jabatan Kesihatan Kanad berkata, sebanyak 1.5 juta dos vaksin AstraZeneca yang diimport dari kemudahan Emergent BioSolutions di Baltimore lebih selamat dan memenuhi spesifikasi kualiti.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menghentikan penggunaan AstraZeneca dari kemudahan ini pada awal bulan ini.

Malah, FDA juga menangguhkan pengeluaran vaksin Johnson & Johnson (J&J) di kilang itu kerana memulakan siasatan mengenai kesilapan yang berlaku hingga menyebabkan berjuta-juta dos vaksin ini musnah pada bulan lalu.

Walau bagaimanapun, Health Canada yang menjalankan kajian ke atas keputusan ujian dari semua lot vaksin yang masuk ke negara ini mendapati ianya selamat.

Dos J&J yang dihasilkan di kilang Baltimore, Maryland belum memasuki negara ini, kata pengawal selia itu sambil menambah vaksin dari syarikat ini dijangka diimport minggu depan tidak dibuat di kemudahan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast