Azam Baki

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya ini yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

”Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas. – MalaysiaGazette

12 pegawai polis, SPRM jadi tali barut Nicky ditahan