Oh Yih Peng di Ladang Rock Melon di Pulau Gadong, Melaka.

KUALA LUMPUR – Bak kata pepatah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan", begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan buat seorang alumni Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) yang telah berjaya sebagai usahawan tani dalam
penanaman komersial Rock Melon dengan sistem Fertigasi di Pulau Gadong,
Melaka.

Oh Yih Peng, 30 tahun, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi), UTeM pada tahun 2015
yang lalu.

Beliau seterusnya turut menyambung pengajian dan telah berjaya menamatkan
pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Operasi Termaju)
UTeM juga pada tahun 2018.

Beliau yang memulakan projek penanaman komersial dengan mengusahakan
ladang Rock Melon dengan sistem Fertigasi ini juga berhasrat untuk membuka
ladang cili dengan sistem Internet of thing (IoT) pada masa yang akan datang.

Yih Peng berkata, terdapat dua faktor yang mendorongnya menjadi usahawan iaitu keinginannya memiliki hasil yang diusahakan berterusan.

Faktor kedua pula pula mahu membantu membangunkan negara dengan
mencipta peluang pekerjaan, di samping membantu golongan yang kurang
berkemampuan untuk menaikkan taraf hidup.

Yih Peng memilih jualan secara dalam talian selari dengan
perkembangan semasa kini ekoran pelanggan lebih cenderung membuat pilihan
pembelian dalam talian.

“Alumni UTeM ini turut menyatakan UTeM sendiri antara yang membantu dengan
menyediakan dana ‘start-up business’ untuk pelajar memulakan perniagaan sendiri di dalam kampus dan ini akan mendorong lebih banyak usahawan dilahirkan dari
kalangan pelajar UTeM,” katanya.

Tambah beliau, pengajian di UTeM bukan semata-mata mentelaah buku dan
menduduki peperiksaan sahaja, ia memerlukan pelajar membuat tugasan dan
penyelidikan pada setiap subjek dipelajari supaya dapat memahami ilmu lebih
mendalam melalui temuramah dan analisis terhadap syarikat multinational atau
usahawan yang berjaya.

Mengimbau sewaktu beliau di peringkat pengajian ijazah pertama dulu beliau
berkongsi kisah kecemerlangannya apabila menerima  Anugerah Dekan bagi 8 semester dari tahun 2011 hingga tahun 2015 dan Anugerah Industri pada Majlis Konvokesyen ke-11 pada tahun 2015.

Beliau yang berhasrat menjadi pakar dalam bidang pertanian Rock Melon dan
perniagaan.

Belaiu baru sahaja memenangi pertandingan Redtone Smart Farming Digital Drives
Sustainable Farming Contest dan membawa pulang hadiah berupa Smart Fertigation system bernilai RM35,000.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata, pihaknya
teruja dengan pencapaian alumni UTeM yang melahirkan graduan unggul bukan hanya dalam bidang kejuruteraan atau teknologi semata-mata tetapi mampu mengaplikasikannya dalam realiti sebenar dunia keusahawanan agrotani. – MalaysiaGazette