Gambar hiasan

VIENNA – Jawatankuasa teknikal bersama OPEC+ (JTC) mengekalkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak global tahun ini tetapi masih berhati-hati dengan peningkatan kes Covid-19 di India dan di tempat lain, kata tiga sumber dari kumpulan pengeluar itu.

Dalam laporan pasaran minyak bulanan terbaharu, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menaikkan ramalannya untuk pertumbuhan permintaan minyak global sebanyak 70,000 tong sehari kepada 5,95 juta tong sehari.

“Pertumbuhan permintaan masih pada 6 juta barel sehari untuk 2021,” kata sumber.

Mesyuarat JTC juga menyatakan kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di India, Jepun dan Brazil.

Harga minyak jatuh pada hari Isnin ekoran kebimbangan kenaikan jangkitan Covid-19 di India yang dijangka mengurangkan permintaan bahan bakar bagi pengimport minyak ketiga terbesar di dunia.

India, yang telah mencatat rekod dunia dalam kes jangkitan harian Covid-19, memerintahkan angkatan tenteranya untuk membantu menangani jangkitan baharu yang telah mengakibatkan sistem kesihatannya semakin kritikal.

JTC biasanya mengkaji asas pasaran dan memantau pematuhan terhadap pengurangan pengeluaran minyak kumpulan.

Tahap pematuhan untuk bulan Mac dikira pada 113%, tidak berubah daripada tahap pada bulan Februari, kata sumber OPEC+ kepada Reuters minggu lalu. – MalaysiaGazette