epa09145210 A flight attendant walks through the main departures hall at Brussels Airport in Zaventem, Belgium, 19 April 2021. As of April 19, non-essential travel is again authorized but strongly discouraged by the government. EPA-EFE/STEPHANIE LECOCQ

BRUSSELS – Belgium mengeluarkan arahan larangan kemasukan pelancong asing dari India, Afrika Selatan dan Brazil, kata Menteri Dalam Negeri Belgium, Annelies Verlinden.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Perundingan untuk membincangkan mutasi baharu koronavirus yang muncul dari tiga negara itu dan menyebar dengan cepat.

Arahan itu melarang sesiapa sahaja yang bukan warganegara Belgium atau tidak didaftarkan di negara ini untuk melakukan perjalanan ke Belgium sekiranya mereka telah melakukan perjalanan ke India, Brazil atau Afrika Selatan dalam 14 hari sebelum itu.

Namun, sebilangan kecil perjalanan penting akan dibenarkan, termasuk profesional yang bekerja di sektor pengangkutan dan tentera laut, serta diplomat dan anggota organisasi antarabangsa yang dikehendaki melakukan perjalanan untuk bekerja.

Sehingga kini, Belgium telah mencatatkan sejumlah 976, 088 kes Covid-19 dengan 2,.065 kematian sejak awal wabak ini.

Di seluruh dunia, sebanyak 276 vaksin sedang dibangunkan di negara-negara termasuk Jerman, Britain, China, Amerika Syarikat dan Rusia, menurut data yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast