Richard Pusey . foto Agensi

SYDNEY – Seorang lelaki Australia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana membuat rakaman dan mengejek pegawai polis yang mati dalam nahas jalan raya.

Hakim yang menjatuhkan hukuman menyifatkan tindakan Richard Pusey “tidak berperasaan, kejam dan memalukan”.

Bulan laluĀ  Pusey mengaku bersalah atas tuduhan tidak sopan, yang jarang didakwa dan juga kesalahan lain.

Lelaki berumur 42 tahun itu telah ditahan hampir 300 hari danĀ  akan menamatkan hukuman ke atasnya beberapa hari lagi.

Namun, keluarga mangsa kecewa dengan tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadap Pusey yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pusey yang juga broker gadai janji dikenakan hukuman itu selepas bertindak memecut laju keretanya di jalan raya di Melbourne pada tahun lalu.

Tindakannya membawa kereta secara berbahaya itu mendorong empat anggota polis menariknya keluar dari kenderaannya selepas ditahan.

Ketika melakukan penahanannya, keempat-empatnya anggota polis itu dilanggar sebuah lori yang terbabas dari lorong.

Keempat-empat anggota polis itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pusey yang terselamat bertindak mengeluarkan telefonnya dan mula merakam video, ada antaranya lebih tiga minit.

Mahkamah telah mendengar rakaman tersebut mendapati Pusey berdiri sambil mengejek salah seorang anggota polis yang tersepit di bawah lori.

Pakar mengatakan kemungkinan besar dia masih hidup pada masa itu.

”Ini dia. Menakjubkan, sangat mengagumkan. Yang saya mahukan lakukan adalah pulang dan makan sushi,” kata Pusey berdasarkan rakaman video itu.

Dia meninggalkan tempat kejadian di Lebuhraya Timur Melbourne tidak lama kemudian.

Pada keesokan harinya dia ditangkap di rumahnya. Pada mulanya dia didakwa dengan kesalahan memandu laju, memiliki dadah dan melakukan tindakan melulu.

Namun, polis kemudian menemui video Pusey yang telah dia kongsikan kepada rakan-rakannya.

Pemandu lori, Mohinder Singh pula dipenjara awal bulan ini hingga 22 tahun kerana berada di bawah pengaruh dadah yang tinggi hingga mengakibatnya khayal dan halusinasi sehingga mengakibatkan kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast