Karim Benzema. Foto Agensi.

MADRID – Jaringan akrobatik Karim Benzema berjaya menyelamat Real Madrid mengikat Chelsea 1-1 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Christian Pulisic  untuk memberikan Chelsea gol di tempat lawan yang menjadi bekalan menjelang aksi timbal balik nanti.

Chelsea seharusnya pulang dengan kemenangan namun Timo Werner sekali lagi bergelut menyempurnakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

Eden Hazard yang dimasukkan untuk tempoh 24 minit menentang bekas kelabnya tetapi tidak mampu menambah jaringan untuk Real.

Jaringan Benzema adalah yang ke-71 dirinya dalam saingan Liga Juara-Juara, berkongsi tangga keempat dalam sejarah senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan Raul, dan di belakang Cristiano Ronaldo, Lionel Messi serta Robert Lewandowski. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast