Michael Collins. foto Agensi

FLORIDA – Michael Collins – salah seorang daripada tiga anak kapal misi Apollo 11 yang ke bulan pada tahun 1969 meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Dia meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.

Collins merekodkan sejarah apabila tinggal di orbit ketika rakan-rakannya Neil Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di atas permukaan bulan.

Kini, Aldrin, 91, satu-satunya anggota misi Apollo II yang masih hidup.

Collins yang menjadi sebahagian daripada tiga kru Apollo 11 dalam mengakhiri perlumbaan ke angkasa antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dan memenuhi cabaran Presiden John F. Kennedy ketika itu untuk tiba di bulan sebelum berakhir tahun 1960-an.

Dari kiri, Buzz Aldrin, Michael Collins dan Neil Armstrong bergambar di hadapan Oval Office sempena ulang tahun ke-40 misi Apollo II pada tahun 2009. foto APWalaupun ia menempuh jarak sejauh 238, 000 batu ke bulan dan berada dalam jarak 69 batu, Collins tidak pernah menjejakkan kaki di permukaan bulan seperti rakan sepasukannya Aldrin dan Armstrong, yang meninggal pada tahun 2012.

Tidak seorang pun dari mereka terbang ke angkasa lepas setelah misi Apollo 11.

Collins kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Muzium Angkasa Udara dan Angkasa Negara di Washington.

Collins menghabiskan misi Apollo 11 selama lapan hari dengan mengendalikan kapal angkasa.

Ketika Armstrong dan Aldrin turun ke permukaan bulan, Collins tetap bersendirian dalam Modul Perintah, Columbia.

”Saya rasa anda hanya satu-satunya orang yang tidak mempunyai liputan TV di tempat kejadian,” Mission Control menyiarkan Collins setelah pendaratan.

“Tidak mengapa. Saya tidak kisah,” jawab Collins.

Collins bersendirian selama hampir 28 jam sebelum Armstrong dan Aldrin menyelesaikan tugas mereka di permukaan bulan.

Beliau adalah individu yang bertanggungjawab untuk memasang kembali kapal kedua angkasa itu sebelum mereka dapat kembali ke bumi.

Sekiranya ada yang tidak kena, Aldrin dan Armstrong boleh tersangkut pada permukaan bulan – satu ketakutan yang nyata dan Collins akan kembali seorang sahaja ke bumi.

Walaupun dia sering ditanya apakah dia menyesal tidak berjalan ke bulan, perkara itu tidak pernah menjadi pilihan untuk Collins, sekurang-kurangnya bukan di Apollo 11. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast