Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Espira, Mohd Nizamri Md Yusoff @ Ghani (dua kanan) bergambar bersama ketika Program CSR Jalinan Kasih Aidilfitri bersama Anak-Anak Yatim di Espira Sri Petaling. Foto SHAFIY ZUL, 17 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR  – Hotel Espira Sri Petaling (ESP) menganjurkan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih Bestari di Subang sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) baru-baru ini.

Penolong Pengurus Eksekutif, ESP, Mohd. Nizamri Md Yusoff @ Ghani berkata, pada Ramadan tahun ini, seramai 20 orang anak-anak yatim dijemput untuk merasai keseronokan berbuka puasa di hotel.

Beliau berkata, pihak pengurusan hotel turut menyampaikan cek sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Program CSR ini merupakan program tahunan Espira Sri Petaling dan istimewanya tahun ini, kami dapat berkolaborasi sekali lagi bersama Radio Klasik.FM dalam program khas bertemakan Jalinan Kasih seperti dua tahun lepas,” katanya pada majlis itu.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Espira, Mohd Nizamri Md Yusoff @ Ghani (kanan) menyampaikan cek pada Program CSR Jalinan Kasih Aidilfitri bersama Anak-Anak Yatim di Espira Sri Petaling. Foto SHAFIY ZUL, 17 APRIL 2021.

Mohd. Nizamri memberitahu, program Jalinan kasih merupakan gabungan idea di antara Radio Klasik.FM dan pihak hotel dengan membawa maksud mengeratkan silaturrahim sambil berkongsi rezeki serta mewujudkan semangat keprihatinan.

Kata beliau, kolaborasi bersama Radio Klasik.FM itu antara lain bertujuanmengadakan rakaman lagu Hari Raya di Radio Klasik.FM yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama dan kedua.

“Lazimnya rancangan ini mengetengahkan persembahan khas nyanyian artis-artis terkenal tanah air baharu dan lama dengan persembahan lagu-lagu Hari Raya malar segar,” katanya.

Antara selebriti memeriahkan program itu adalah Wany Hasrita, Tajul, Aman Shah, Azura Aziz, Shazreen (Juara Bintang Klasik – 2019) dan Danie Hasbullah (Naib Juara Bintang P. Ramlee Kebangsaan)

Program ini turut menerima tajaan daripada Radio Klasik.FM, Club Civic X Thailand Malaysia dan kakitangan hotel untuk disalurkan kepada anak-anak yatim.

Penyanyi, Wany Hasrita ketika Program CSR Jalinan Kasih Aidilfitri bersama Anak-Anak Yatim di Espira Sri Petaling. Foto SHAFIY ZUL, 17 APRIL 2021.

Sementara itu, sepanjang Ramadan kali ini, ESP menawarkan pakej Bufet Ramadan yang berharga RM69 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak.

Untuk tawaran istimewa, ESP menawarkan dua baucar dengan harga RM100 sahaja.

Lebih 60 pilihan masakan terbaik sepanjang zaman disediakan yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan utama, makanan laut panggang, pencuci mulut dan banyak lagi yang akan memenuhi selera anda.

Bagi yang berminat, mereka boleh membuat tempahan di 0390582323 atau 0173905835.

ESP merupakan pengurusan di Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd. milik Permodalam Nasional Berhad. – MalaysiaGazette

Penyanyi, Tajul Ariff ketika Program CSR Jalinan Kasih Aidilfitri bersama Anak-Anak Yatim di Espira Sri Petaling. Foto SHAFIY ZUL, 17 APRIL 2021.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast