Polis akan mencadangkan kes kematian Ganapathy a/l Anpalagan dilanjutkan ke peringkat inkues supaya ia dapat diadili dengan telus.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe yang memberi jaminan siasatan berkata, tindakan lanjut itu akan dibuat selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Pendakwa Raya.