Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Selepas beberapa hari kes harian positif Covid-19 melebihi paras 3,000 kes, sebanyak 2,881 direkodkan pada hari ini dengan 16 kes import.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,865 kes adalah tempatan membabitkan 2,609 warga tempatan manakala bali 256 kes adalah warga asing

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif meningkat kepada 411,594 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 29,631 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 522 kes (68.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 337 pesakit Covid-19 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 176 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut Dr. Noor Hisham, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 2,462 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 380,442 kes.

Jumlah kes kematian kekal dua angka sebanyak 15 kes dengan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,521 kes

Kesemua kematian membabitkan warga tempatan iaitu 10 lelaki dan baki lima orang adalah wanita yang berusia antara 35 hingga 87 tahun.

Sementara itu. Dr. Noor Hisham berkata, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 759 kes.

“Begitu juga dengan negeri empat teratas yang kerap merekodkan kes harian tinggi iaitu Sarawak, Kuala Lumpur dan Kelantan yang mana semuanya merekodkan kes di bawah paras 500 kes hari ini.

“Sarawak merekodkan 445 kes diikuti Kelantan 442 kes manakala WP KL 315 kes dan Johor 310 kes sementara Perlis kembali merekodkan sifar hari ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette