KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sebanyak 11 kluster baharu Covid-19 dengan lima daripadanya berkaitan komuniti.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, baki empat kluster membabitkan institusi pendidikan dan dua lagi berkaitan tempat kerja.
“Empat daripada kluster tersebut dikesan di Sarawak, Kedah (3), Selangor (2) dan masing satu di Johor dan Melaka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambah Dr. Noor Hisham, sebanyak 10 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Lorong Mulia, Kluster Jalan Alamanda, Kluster Jalan Padang, Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Kemajuan, Kluster
Jalan Suasana, Kluster Wakaf Chagak, Kluster Jalan Teluk Kumbar, Kluster Kampung Batu Lapan Lekir dan
Kluster Sungai Mupong).
Dengan penamatan kluster tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah ditamatkan adalah sebanyak 1,284 kluster. – MalaysiaGazette