Seorang pesakit Covid-19 dirawat di sebuah hospital di Amman, Jordan, foto Reuters

KAHERAH – Jordan kesan tiga kes varian Covid-19 India pada individu- individu yang tidak melakukan perjalanan ke negara tersebut, kata menteri kesihatan kepada Al Mamlaka TV.

“Dua kes dicatatkan di Amman dan satu di Zarqa,” kata Menteri Firas Al-Hawari yang menegaskan bahawa kemunculan kes bermutasi tidak semestinya datang dari luar, melainkan hasil daripada pembiakan khusus.

Jordan mencatatkan704 kes Covid-19 pada hari Sabtu dengan 35 kematian, menjadikan jumlah kes yang dikesan bertambah kepada 712,077 dengan 8,871 kematian, menurut Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette