Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaaan melakukan siasatan menyeluruh dan lengkap berhubung pendedahan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Katanya, pendedahan tersebut amat mendukacitakan serta telah mencemarkan nama baik PDRM.

”Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik,” kata Anwar dalam kenyataannya.

Menurut beliau, campur tangan yang berlaku ini secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa.

Tindakan itu juga merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KPN kurang senang campur tangan Hamzah dalam PDRM

 

3 Komen

  1. UALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tohmahan daripada gabungan beberapa parti politik kononnya pasukan keselamatan itu dijadikan ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakan.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau TIDAK DITEKAN oleh sesiapa pun dan semua tindakan yang diambil oleh pihaknya adalah mengikut keperluan undang-undang.
    Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127200/BERITA/Nasional/PDRM-nafi-dijadikan-senjata-politik

  2. Korang ahli politik yang wujudkan SPP, lepastu pertikai pula bidang kuasa SPP. Kalau tidak suka SPP, bubarkan sahajalah..lepas ini polis buat kerja macam tentera, saman tanpa budibicara , ahli politik jangan masuk campur nak rayu-rayu pula. Polis semua nanti jadi macam james bond, license to k.

Comments are closed.