Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MCO burger seller stall RM50,000 compound Wan Mohd Faisal Wan Kadir KD Mahawangsa Covid-19 positive crewmen crew navy ship
Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di yang dilaksanakan selama ini di Mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor ditamatkan mulai esok.

Mengikut jadual asal pelaksanaannya,ia dijadualkan tamat pada esok, 3 Mei ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di mukim itu selama ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan tiga kes positif Covid-19.

Katanya, keputusan itu berdasarkan hasil daripada 202 keseluruhan ujian saringan yang telah dilaksanakan di kedua-dua lokaliti tersebut.

“KKM juga mengesahkan trend kes telah menurun dengan kluster adalah terkawal.

“Semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin manakala kes terakhir telah direkodkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKP di Mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor pada Isnin ini seperti yang dijadualkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam satu lagi perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Bera itu menamba, kerajaan juga telah menamatkan awal Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan pada hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan PKPD di sekolah berkenaan yang dijadualkan sepatutnya tamat pada 13 Mei ini namun ditamatkan 11 hari lebih awal.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 329 ujian saringan di kawasan PKPD itu.

“Sebanyak 181 daripadanya disahkan positif Covid-19 selain terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin.

“Setelah setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan telah bersetuju menamatkan PKPD di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, pada hari ini iaitu 11 hari lebih awal daripada yang dijadualkan,” tegasnya.-MalaysiaGazette