Azman Ismail

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) mengambil maklum akan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan.

Yang Dipertua PSKLM, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya amat memahami akan keputusan yang diambil oleh kerajaan berikutan cabaran yang melanda negara disebabkan penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesas, SKVE, LPT2 antara lebuh raya ditangguh kenaikan tol tahun ini – Fadillah Yusof

Kenaikan tol di tiga lebuh raya tahun ini ditangguh

Pihak PSKLM dan semua syarikat-syarikat konsesi lebuh raya akan terus komited membantu negara menghadapi pandemik Covid-19 serta terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna lebuh raya kami.

Menurutnya, PSKLM juga memohon sokongan dan kerjasama daripada semua pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhemah dan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. – MalaysiaGazette