Nuridah Salleh
Nuridah Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) menyeru umat Islam untuk menghormati ulama dan mufti biarpun tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Ketuanya, Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, rakyat seharusnya menilai kembali kata-kata kejian dan nista yang dilemparkan kepada mufti mahupun ulama.

“Adakah sesuai dihamburkan kepada seorang manusia ilmuan yang memberi pendapat berdasarkan ilmunya.

“Sesungguhnya manusia yang dianugerahi akal dan dipagari dengan iman, tidak akan mengikut pertimbangan emosi semata-mata apabila membaca berita atau tulisan di media massa yang ditulis berdasarkan tuduhan semata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini rakyat harus belajar bertenang dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan terus merebak dengan lebih cepat.

Kata beliau, SOP yang ditetapkan bukan suatu yang sengaja dibuat untuk menyusahkan, tetapi untuk memastikan rakyat boleh terus hidup seperti biasa, namun dalam keadaan selamat.

“Sesungguhnya bulan puasa bukan sahaja kita tidak minum dan makan, tetapi juga kita berpuasa daripada berkata yang tidak baik dan menulis yang bukan-bukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ni lah PAS…bila kena kat batang hidung sendiri, kena hormat mufti dan ulama’…PAS dah lupakah masa dia dgn DAP dulu mcm mana dia kutuk Mufti? Dah lupakah Dewan Ulama’ PAS kutuk Mufti Perak Tan Sri Harussani? Pergi tajya YB Kuala Nerus tu mcm mana dia kutuk Mufti Perak…pooodaaahhhhh

Comments are closed.