ACP Mohd Zaid Hassan decayed body Jalan Broga drain
Mohd Zaid Hassan

KUALA LUMPUR – Enam lelaki yang dikesan polis selepas didakwa memukul seorang lelaki warga asing baru-baru ini telah ditahan dan direman selama sehari.

Mereka berumur antara 24 hingga 54 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka telahpun diberikan jamin polis malam tadi memandangkan dia adalah pemilik premis tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan.

Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

Kejadian yang tular di media sosial pada Isnin lalu dilaporkan berlaku di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.

Ia dipercayai berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang dan dirakam dalam video yang berdurasi selama seminit 21 saat.

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian yang tular ini melibatkan mangsa seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipukul sekumpulan lelaki tempatan dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.