Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 kembali meningkat sebanyak 3,120 kes hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 420,632 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 675 kes.

Katanya, ini diikuti dengan Sarawak sebanyak 620 kes, Kuala Lumpur (408) dan Johor sebanyak 336 kes.

“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini,” katanya dalam Facebook di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 2,500 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dengan 18 kematian. – MalaysiaGazette

BERITA SELANJUTNYA SELEPAS INI