Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri diminta membuat tindakan susulan berhubung pendedahan bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa Menteri Dalam Negeri menggunakan Bahagian Cawangan Khas PDRM (SB) untuk menekan musuh politiknya.

Malah, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberi bayangan akan mendedahkan campur tangan seorang Datuk Seri itu akan dibuat tidak lama lagi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, beliau percaya rakyat amat mengalu-alukan pendedahan yang akan dibuat oleh Abdul Hamid.

”Semoga ada tindakan susulan oleh PM 8 selepas itu,” katanya sambil mencetuskan pertanyaan bagaimana pula selama 22 bulan ketika Pakatan Harapan memerintah.

Tanya beliau, apakah tidak ada campur tangan poliitik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

“Mustahil tidak ada. Kalau mahu dedah, biar dedah semua,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Bekas KPN dakwa menteri mahu guna cawangan khas untuk kepentingan politiknya

 

 

1 Komen

Comments are closed.