Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Jangan salah guna dana veteran tentera jika mahu sertai politik.

Itu nasihat mantan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Ali Mohd Baharom kepada Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Sharuddin Omar.

“Sesiapa pun boleh menyertai dan menubuhkan parti politik tetapi saya kena ingatkan jangan guna dana untuk bekas tentera.

“Masih ramai bekas tentera di negara ini yang tidak terbela dan tidak dijaga kebajikannya,” katanya hari ini.

Mohd Ali yang dikenali sebagai Ali Tinju bimbang atas keperluan pimpinan persatuan itu mahu masuk politik, bekas tentera terabai.

“Lagi pun, ia bukan mudah seperti disangka. Bila persatuan masuk politik, hasrat murni mereka mudah terpesong,” katanya.

Sebelum itu, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan platform parti politik sendiri dengan menyasarkan sebanyak kira-kira 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Persatuan Veteran ATM, Datuk Sharuddin Omar berkata pihaknya kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti politik dinamakan Parti Kemakmuran Negara untuk tujuan itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Veteran tentera mahu tanding PRU15