Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menerima sumbangan daripada Pengurus Pemasaran ADABI, Mohd Yusrie Yahana (tiga kanan) sambil diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arif Mohamed Fauzi (tiga kiri) pada Program Ramadan bersama Institut Jantung Negata (IJN) dan ADABI 'We Care For You' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 orang saksi termasuk penganjur dan selebriti  yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 telah memberi keterangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kehadiran mereka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP).

Beliau tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai saksi yang hadir pada majlis berkenaan.

“Mungkin daripada siasatan selanjutnya kita akan mengambil keterangan lebih ramai lagi. Keterangan yang diambil termasuk penganjur kita lebih fokus kepada penganjur dan mereka yang didapati viral melanggar SOP,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, pihak Pendakwa Raya akan menetapkan sama ada penganjur dan selebriti yang ingkar SOP pada majlis berkenaan bakal dikompaun atau didakwa di mahkamah.

“Kita akan rujuk kertas siasatan ini bila siap nanti ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Baru-baru ini tular di media sosial gambar Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan pada 29 April lalu  didakwa melanggar SOP.

Dalam gambar yang tular di media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu adalah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Ekoran itu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. YB-YB dan menteri anjur majlis berbuka boleh pula.Kena minta permit polis macam ini kalau hendak buat apa-aps msjlis tidak kira majlis tahnik ke berbuka ke kahwin ke birthday ke supaya senang di kemudian hari. Polis banyak kerja lain nak siasat dari nak siasat benda viral ni.

Comments are closed.