foto: BOMBA PERAK

IPOH – Tiga lelaki cedera termasuk seorang hampir putus kaki selepas sebuah alat pemadam api yang sedang diselenggara oleh mereka meletup di sebuah premis di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 40-an itu cedera parah di bahagian kanan kaki manakala dua rakannya cedera ringan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang tadi.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa dan menyerahkan mangsa kepada pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast