Vaksin AstraZeneca. foto Reuters

CANBERRA – Sebanyak lima kes pembekuan darah dikenalpasti oleh pengawas selia perubatan Australia yang dikaitkan dengan vaksin AstraZeneca.

Kelima-lima penerima vaksin yang mengalami pembekuan darah dan platelet rendah berusia antara 50 hingga 70 tahun.

”Jadi jelas sekali bahawa kes-kes masa depan (melibatkan AstraZeneca berusia lebih dari 50-an,” katanya yang merupakan Ketua Pentadbir Teraputik.

Ini menjadikan jumlah kes gangguan pembekuan yang jarang berlaku di Australia meningkat kepada 11 sejak pelancaran vaksinasi dimulakan.

Skerritt berkata, setiap 1,000 vaksin Covid-19 yang diberikan di Australia, pihaknya menerima antara enam dan tujuh laporan reaksi negatif.

“Mereka ini tidak sihat atau rujuk kepada doktor atau hospital selepas menerima vaksin,” ujarnya.

Setakat ini seramai 2.47 juta penduduk Australia sudah divaksin. – MalaysiaGazette