Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Memasuki 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru semua umat Islam untuk menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan adalah seperti berikut:

10 Kaunter PPZ-MAIWP
Kaunter PPZ-MAIWP masih beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP ini. Kaunter dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum.
· Waktu Operasi : 8:15 pagi – 4:30 petang
· Hari Terakhir Ramadan : 8:15 pagi – 1:00 petang

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
Pembayar juga boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter. Hanya perlu membuat temujanji dan akan diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di 1300-88-5757 atau di zakat.com.my/e-kaunter-careline-ppz/home.

Portal Rasmi PPZ-MAIWP
· Zakat Fitrah – fitrah.zakat.com.my
· Zakat Harta – zakat.com.my

Aplikasi MyZakat
· Pembayar boleh kira, semak dan bayar rekod bayaran zakat di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
· Pembayaran zakat lebih mudah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih.
· Boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di Google Play dengan carian MyZakat.

Ejen Kutipan Zakat
· Perbankan internet (15 bank)
· E-wallet
· Boost
· Shopee
· GoPayz

Selain itu, PPZ-MAIWP turut mengadakan program-program yang menarik sepanjang 10 terakhir Ramadan ini antaranya Kempen Bayar Zakat Harta di Portal PPZ-MAIWP, Kempen fitrah.zakat.com.my dan Kempen Gamers Bayar Zakat.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pembayar-pembayar bertuah yang menunaikan zakat harta dan fitrah secara dalam talian seperti e-baucar Foodpanda bernilai RM25 serta barangan permainan interaktif tajaan Todak.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman menggalakkan orang ramai untuk menunaikan zakat harta dan fitrah secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kontak rapat Covid-19.

”Marilah kita bersama-sama melakukan kebaikan bagi mengejar keberkatan 10 terakhir Ramadan ini dengan berzakat. Pembayaran zakat kini lebih mudah dilakukan di mana saja kita berada. Jangan jadikan kekangan SOP sebagai alasan untuk kita culas dalam menunaikan kewajipan berzakat,” katanya. – MalaysiaGazette