Ir. Khairil Nizam

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengesahkan seorang pemimpin kanan sayap parti itu sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh kerana disahkan positif Covid-19.

Ketuanya, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, pemimpin itu ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli.

Katanya, sebelum ini, Hanafi menjalani proses kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Bagaimanapun, beliau terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mengalami demam berpanjangan dan keadaan badan semakin lemah,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, Hanafi seorang pemimpin muda yang cukup komited dalam menggerakan barisan Pemuda Pas.

Beliau berharap, pemimpin anak muda Selangot itu cepat sembuh untuk bersama-sama meneruskan perjuangan parti.

“Ya Allah, Engkau sembuhkanlah sahabat seperjuanganku ini dan mereka yang terjejas dengan virus Covid-19 ini,” katanya. – MalaysiaGazette