Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata ini adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Warga asing sepatutnya kerja 3D tetapi sebaliknya kerja niaga, restoran macam si Long Burma di Bukit Gambir, dan kedai runcit takkan sebab bukan munasabah, kan?

  2. Pak Turut kalau buat business nanti baru tau kenapa warga asing jadi pekerja kedai runcit pekerja restoran….

  3. Jgn periksa warga asing..periksa selipar warga Malaysia jaaa…rakyat bayar gaji polis, ni hasilnya…

  4. Hanya nak elak segelintir anggota (jika ada pun) salah guna kuasa dan mengambil kesempatan tetapi seolah membenarkan ribuan warga asing tanpa izin bermaharajalela di dalam negara. Sebagai rakyat, saya menghatapkan tindakan tegas dan berterusan kepada PATI tetapi arahan ini nampak berlawanan pula. Mungkin KPN mempunyai strategi lain demi membersihkan negata dari PATI. Namun peringkat ini macam PATI leading 1-0.

Comments are closed.