safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang memuat naik hantaran di media sosial yang mempunyai unsur ugutan selain menggunakan kata-kata kesat ke atas anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditahan pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pengguna Facebook bernama Diana Mat yang memuatnaik beberapa hantaran menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan pada jam 10.53 pagi semalam.

“Perkataan tersebut antara lainnya adalah ‘aku pusing balik rempuh korang’, ‘Penguatkuasa sama mcm hanjing’, ‘Kau dengan penjenayah sama je’, ‘Anjinglah kau’, ‘Bangsat punya Polis Putrajaya’ dan ‘gampang, kau ingat aku takut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat polis manahan wanita berusia 36 tahun pada jam 9 malam semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek itu, pihak polis telah merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita tersebut yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran di Facebooknya.

“Wanita tersebut kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian & komunikasi secara tidak wajar), ujarnya.

Berikutan itu, Mohd Fadzil menasihatkan pengguna media sosialĀ agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan. – MalaysiaGazette