Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 16 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Kluster baharu yang dikenal pasti hari ini melibatkan lapan dari kluster tempat kerja, enam kluster masyarakat dan masing-masing satu kluster berkaitan dengan kegiatan keagamaan serta sektor pendidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, kluster tersebut dikesan di Sabah, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Sarawak, Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor.

Dengan pertambahan kluster itu ia menjadikan jumlah kluster yang ditemui kini adalah sebanyak 1,775 kluster. – MalaysiaGazette