Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.- Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot dinaikinya disambar petir, ditemui lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, mayat Mohd Nasir Marzuki, 23, ditemui nelayan tempatan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di muara Sungai Merbok pada pukul 12.30 tengah malam.

“Pihak bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) telah bertindak ke lokasi dan membawa naik mayat mangsa, dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat nelayan itu telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat. Operasi SAR (mencari dan menyelamat) ditamatkan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nasir dikatakan keluar untuk menangkap ikan bersama seorang rakannya dari Jeti Pengkalan Bakar Arang, dekat sini kira-kira 12 tengah malam, dan pada pukul 4 pagi semalam ketika berada kira-kira 300 meter dari pantai, bahagian hadapan bot mereka tiba-tiba disambar petir menyebabkan Mohd Nasir pengsan dan terjatuh ke dalam sungai, lalu terus hilang. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast