Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup mulai tengah hari pada Rabu, 12 Mei bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tetapi, perkhidmatan penjelasan, penyelesaian dan depositori oleh Bursa Malaysia Depository dan pejabat Bursa Malaysia Securities dan Bursa Malaysia Derivatives akan beroperasi seperti biasa hingga penghujung hari dagangan.

Perkhidmatan ini akan ditutup mulai 13 hingg 16 Mei.

Semua urus niaga Bursa Malaysia dana anak-anak syarikat beroperasi semula pada 17 Mei. – MalaysiaGazette