Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa hari sahaja lagi, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan promosi jualan ayam murah pada 11 dan 12 Mei ini.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa hari sahaja lagi, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan promosi jualan ayam murah pada 11 dan 12 Mei ini.

Menurut satu kenyataannya hari ini, acara itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di di lapan negeri serta lokasi terpilih.

Jualan istimewa ayam akan dipasarkan dengan harga antara RM5.50 hingga RM6 seekor bagi ayam jenama Peladang (1.2 kilogram (kg) manakala RM11 seekor bagi ayam potong jenama Peladangku (2kg).

Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan ayam murah diminta untuk lepaskan peluang dengan mengunjungi lokasi-lokasi seperti berikut;

 

Negeri

Lokasi

Tarikh Jualan

Harga

Perlis

PPK Mata Ayer

11 Mei 2021

RM6 / seekor (ayam super)/

1.2 KG

Pulau Pinang

PPN Pulau Pinang

11 Mei 2021

RM6 / seekor (ayam super)/

1.2 KG

Kedah

Agrobazaar Rakyat PPK

Kubur Panjang

11 Mei 2021

RM6 / seekor (ayam super)/

1.2KG

Selangor

Peladang Mart, PPN

Selangor, Shah Alam

11 & 12 Mei 2021

RM11 / per pek (ayam potong)/

2KG

Putrajaya

Surau Ar Rahim Presint 15, Putrajaya (Tempahan menerusi Whatsapp & Self Pickup

di lokasi)

11 & 12 Mei 2021

RM11 / per pek (ayam potong)/ 2KG

 

Hubungi; 019-5898369(Fais)

016-2921438 (Shakirin)

Melaka

Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP)

PPK Jasin

11 & 12 Mei 2021

RM5.50 / per KG (ayam standard)

Johor

Peladang BizCentre,

Batu Pahat Tengah

11 Mei 2021

RM6 / seekor (ayam super)

1.2KG

Terengganu

Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Maras, Kuala

Terengganu

11 & 12 Mei 2021

RM5.50 / per KG (ayam standard)

Tawaran istimewa kepada para pembeli sempena Aidilfitri adalah dihadkan dua pek untuk seorang untuk memberi laluan untuk lebih ramai menikmati harga promosi ini.

Ianya juga terhad bagi 2,000 ekor ayam sahaja di setiap lokasi.

Produk ayam jenis Super dan Standard jenama Peladang adalah dijamin bersih, berkualiti dan pastinya halal yang diproses di kilang NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Ayam super Peladang adalah ayam tanpa isi perut, kaki dan kepala yang bersih serta sedia untuk dimasak.

Sementara, ayam Peladangku merupakan ayam potong keluaran Pertubuhan Peladang Negeri Selangor yang segar dari ladang, keluaran bumiputera dan juga dijamin Halal dari JAKIM. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast