SYDNEY – Seorang remaja berusia 13 tahun maut selepas ‘dihancurkan’ di dalam trak sampah.
Mangsa dikatakan telah tertidur di dalam tong sampah yang ditempatkan di Port Lincoln, Australia.
Pemandu trak terbabit tidak mengetahui ada sesiapa di dalam tong sampah tersebut sehingga tong berkenaan diterbalikkan di belakang lori.
Dua lagi kanak-kanak, masing-masing berusia 11 dan 12 tahun juga tidur dalam tong sampah industri itu tetapi mereka berjaya melepaskan diri.
Salah seorang daripada mereka dilaporkan cedera ringan.
Siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana mereka boleh tidur di dalam tong sampah tersebut. – MalaysiaGazette