Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021. murder suspect college student Damansara Perdana Three academic professors from Universiti Putra Malaysia (UPM) have been fined RM2,000 each for violating the standard operating procedures (SOP) by holding Hari Raya feast at the students dormitory recently raya feast jamuan
Selangor Chief of Police, Datuk Arjunaidi Mohamed . PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 APRIL 2021.

SHAH ALAM – Kertas siasatan kes seorang guru sekolah menengah di Puncak Alam yang didakwa bergurau dengan menggalakkan perbuatan rogol semasa sesi pengajarannya telah siap.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan yang dilengkapkan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

“Polis akhirnya sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang guru bergurau rogol pelajar perempuan dalam bilik darjah.

“Kes siasatan itu kini telah pun dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan lanjut dalam kes ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, polis Selangor akan menunggu arahan lanjut dari Timbalan Pendakwaraya.

Terdahulu Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyatakan guru berkenaan telah dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Katanya, tindakan itu diambil sementara menunggu siasatan polis selesai dan disusuli tindakan lanjut. – MalaysiaGazette