Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama orang awam ketika hadir untuk menyampaikan sumbangan Raya kepada petugas sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol USJ, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 12 MEI 2021.

SUBANG – Tidak banyak kenderaan berada di jalan raya malam semalam di sekitar Lembah Klang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil pemantauan di Semenyih dan USJ Subang malam tadi, beliau percaya semua telah berada di rumah.

Tambah beliau, ia menggambarkan rakyat mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

“Mereka mematuhi setiap peraturan dan arahan kerajaan dengan tidak keluar meninggalkan kediaman mereka dan juga tidak melakukan perarakan luar daerah dan negeri,” katanya selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di SJ Subang Jaya, di sini, tengah malam tadi.

Turut bersama Panglima Angkatan Tentera (ATM), Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Pada lawatannya ituIsmail Sabri turut menyampaikan juadah Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas di SJR di Eco Majestic Semenyih dan juga Tol USJ Subang. – MalaysiaGazette