Ketua Armada Bersatu Johor,Shamsuddin Paijai

JOHOR BAHRU – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Negeri Johor hari ini mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan dalang di sebalik demostrasi jalanan menggunakan suar yang berlaku di Batu Pahat, Johor tempohari.

Ketua Armada Bersatu Johor, Shamsuddin Paijai dalam kenyataannya berkata,
tindakan tegas perlu diambil dengan segera bagi menyelesaikan isu yang agak serius ketika negara sedang berusaha membendung penularan Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Armada Bersatu Johor percaya perbuatan tidak bermoral ini didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab yang merancang untuk menimbulkan spekulasi dan persepsi buruk kepada kerajaan hari ini sehingga melakukan tindakan di luar batasan yang menunjukkan hilangnya sifat patriotisme.

“Armada Bersatu Johor yakin dan percaya tanpa dalang”yang menyogok dan mengarahkan provokasi ini dengan menggunakan anak muda sebagai alat provokasi bagi kepentingan politik peribadi, ini tidak akan berlaku.

“Ternyata sudah terlihat beberapa ahli politik menunjukkan sokongan dan bersetuju dengan tindakan tersebut,” katanya yang kesal kerana rata-rata anak muda yang baru habis belajar dijadikan alat provokasi hingga menyebabkan implikasi besar kepada masa depan anak muda tersebut dikemudian hari.

Jelasnya, jika benar insiden yang berlaku terdapat dalangnya, perkara sedemikian tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.

Bagaimanapun, katanya lagi, Armada Johor yakin kerajaan sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terus terjamin.

“Semestinya keputusan kerajaan baru-baru ini bukan bersifat “Zalim”, tetapi pandangan pakar dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diambil kira bagi menurunkan lekuk kebolehjangkitan Covid-19 ini.

“Armada Bersatu Johor ingin mengajak masyarakat untuk mengambil pengajaran daripada negara India yang menunjukkan peningkatan penularan Covid-19 begitu drastik sehingga sukar dikawal,”katanya.

Dalam pada itu, Shamsuddin menyeru kepada semua pihak agar tidak bertindak di luar batas mengakibatkan keadaan yang di luar jangka .

“Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu kerajaan menyebarkan nasihat dan kesedaran dalam membendung pandemik Covid-19 dengan sebaik-baiknya,” katanya. -Malaysiagazette

1 Komen

  1. insiden MEMALUKAN dan MEMBUSUK TAHI malam raya….ini stigma anak2 muda yang ROSAK dadah rempit vandalisme…. KEMBALIKAN SEMULA BANTUAN KERAJAAN YANG DIAMBIL

    ini yang nak dBANGGAKAN laksana undi 18 tahun ….PRU 14 ANAK2 MUDA tertipu dgn MANIFESTO P akatan H ancing……HILANG TELOR KEMALUAN bila P unah H arapan gagal 22 bulan dan MUNAFIK AMANAH jadi amNANAH gagal…..TIADA pun bantahan SEBAB DISUMBAT RM30 cukup makan 5 tahun,…isu tol ptptn minyak pendidikan percuma akhrnya tinggal HANCING,,,syabas anak muda yang beri mandat pru 14…telanlah kencing hancing tu

    berfikir guna akal bukan nafsu

    SEDARLAH WAHAI ANAK2 MUDA serta dalang2nya dan talibarut..bantahan kerana larangan BERAYA..
    pengorbanan FRONTLINER dan kapasiti katil2 hospital meruncing…jangan salahkan kerajaan bila diri dan keluarga kamu terkena covid

    MALULAH pada anak2 muda PALESTIN YANG BERAYA DENGAN TITISAN DARAH SYAHID DAN AIRMATA …anak2 MUDA yang merusuh elok dihantar sebagai FRONTLINER atau medan PALESTIN sebagai skuad JIHAD FI SABILILLAH

Comments are closed.