Borussia Dortmund menang Piala Jerman selepas menundukkan lawannya RP Leipzig 4-1 dalam aksi final semalam.

BERLIN – Borussia Dortmund menjulang gelaran Piala Jerman dengan menewaskan RB Leipzig dalam aksi final awal pagi tadi.

Dua gol itu masing-masing dari Jadon Sancho dean Erling Haaland membantu Dortmund menjulang Piala berprestij itu untuk kali kelima dalam sejarah kelab itu.

Sancho, 21 membuka jaringan seawal minit kelima sekaligus mengejutkan tuan rumah.

Penyerang sepasukannya Haaland menggandakan jaringan pada minit ke-28 sebelum Sancho sekali lagi menambah gol ketiga pasukan sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Haaland memuktamadkan kemenangan piala kali ini dengan gol keempat pasukan pada minit ke-87.

Gol sagu hati tuan tumah dijaringkan Olmo pada minit ke-71.

bagi Haaland ia merupakan gol ke-39 dalam 39 penampilan musim ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast