KUALA LUMPUR – Kesemua kapal yang tiba/masuk ke kawasan pelabuhan dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.
Tetapi Deklarasi Kesihatan Maritim kapal-kapal tersebut akan diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diberikan free-pratique sebelum dibenarkan masuk lalu merapat ke dermaga bagi menjalankan operasi.
Jabatan Laut Malaysia (JLM) berkata, hanya sekiranya kapal disyaki amat berisiko membawa gejala Covid-19, maka kapal akan diperintahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di laut.
Manakala pekerja pelabuhan dan individu darat dibenarkan menaiki kapal tersebut bagi aktiviti kargo, serta diwajibkan memakai pelitup muka dan sarung
tangan.
Sekiranya mereka memerlukan interaksi dengan mana-mana anak kapal di atas kapal atau memasuki mana-mana ruangan kabin, kesemua individu tersebut perlu penambahan pemakaian pelindung muka dan apron pelindung diri (PPE).
Bagaimanapun, pemakaian PPE penuh oleh kedua-dua pihak adalah berdasarkan penilaian risiko yang akan ditentukan oleh Lembaga Pelabuhan dengan mengambil kira nasihat JLM dan KKM.
Selain kepatuhan yang tinggi terhadap SOP Covid-19, kecekapan operasi di pelabuhan juga menjadi salah aspek yang penting untuk diambil kira.
Menurut JLM, pihaknya amat komited dalam menjadi agensi penyelaras bagi mengimbangi faktor keselamatan, kesihatan dan ekonomi dalam sektor perkapalan negara. – MalaysiaGazette
Kahkahkah… Pastu salahkan rakyat x patuhi SOP…hanggok betoi