Anggota polis memberi amaran supaya warga asing tidak berkumpul sempena musim cuti Aidilfitri di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka di dagu adalah kesalahan paling kerap dilakukan dan orang ramai diberi amaran supaya memakai dengan betul bagi mengelakkan ‘kehilangan’ RM1,500 akibat dikompaun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, jumlah kompaun bagaimanapun sudah berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan sejak Rabu lalu.

Menurut beliau, sebelum PKP antara antara 60 hingga 70 kompaun dikeluarkan sehari.

Pengurangan ini disebabkan orang ramai tak keluar rumah, sekali gus menyukarkan polis mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Mohamad Zainal Abdullah memantau warga asing jika ada yang berkumpul sempena musim cuti Aidilfitri di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2021.

Pun begitu katanya, kompaun masih dikeluarkan terutama premis menjalankan perniagaan lebih masa dan pelanggan masuk premis tanpa mengimbas MySejahtera.

“Alhamdulillah di KL agak tenang sehari dua ini dari pagi ke malam semasa kita buat pemerhatian..kurang berkumpul di sekitar ibu negara dan berharap momentum ini terus berkekalan.

”Kita akan sentiasa mengawasi dan mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dn tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui dalam operasi pemantauan pematuhan SOP ibu negara.

Tumpuan operasi pagi ini adalah kawasan tumpuan warga asing di Jalan Silang, Jalan Alor, Jalan Kenanga, Taman KLCC.

Anggota polis memeriksa MySejahtera setiap warga asing yang memasuki sebuah premis ketika turun meninjau sempena musim cuti Aidilfitri di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2021.

Menurutnya, seramai 21 pasukan pemantau pematuhan ditugaskan dengan lapan anggota diketuai seorang pegawai kanan dan mereka akan menggunakan alat pembesar suara bagi membuat pengumuman pematuhan SOP apabila mengesan orang ramai berhimpun di satu tempat.

“Semasa pemantauan tadi di Jalan silang kami melihat premis pengurupan wang asing abai imbas MySejahtera. Kami ikut budi bicara beri nasihat tetapi selepas ini kita tidak akan menasihati lagi dan akan kompaun RM1,500 tanpa kompromi.

“Penggunaan MySejahtera telah lama dipraktikkan, tidak ada sebab kenapa mereka boleh lupa dan ia jelas satu sikap sambil lewa masyarakat.. jadi kita akan keluarkan kompaun, tidak kisah mereka lupa atau tidak ingat dan sebagainya dan begitu juga dengan tidak imbas suhu badan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast