Kerusi yang digunakan suspek untuk memukul isteri serta anak-anaknya di kediaman mereka di Tasek Gelugor semalam.

TASEK GELUGOR – Hanya kerana tidak menutup pintu rumah pada pagi Syawal seorang lelaki bertindak memukul isteri dan anaknya dalam satu kejadian di kediaman mereka di Taman Desa Sena di sini semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, penjawat awam berusia 51 tahun serta dua anaknya dipukul menggunakan sebuah kerusi plastik, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner berkata, hasil siasatan mendapati suami mangsa mengamuk kerana anak perempuannya berusia 19 tidak menutup pintu rumah di tingkat bawah.

Noorzainy Mohd Noor

Jelas beliau, susulan itu suspek berusia 45 tahun bertindak memarahi anaknya perempuannya sebelum dihalang oleh mangsa.

“Berang tindakannya dihalang, operator kilang itu bertindak memukul mangsa serta anak-anaknya menggunakan satu kerusi plastik berwarna putih hingga mendatangkan kesakitan terhadap mereka.

 

“Hasil soal siasat, mangsa memberitahu sudah mendirikan berumah tangga lebih 20 tahun dan dia dan anak-anak sering dipukul sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham antara mereka.

“Hasil keterangan anak lelaki dan perempuan mangsa turut menyatakan perkara sama selain mendedahkan ibu bapa sudah tidak bercakap sesama sendiri lebih setahun walaupun tinggal sebumbung,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa turut mendakwa suaminya bersifat panas baran dan tampil membuat laporan susulan bimbang keselamatan diri dan keluarganya.

“Bertindak atas laporan itu, kita telah menahan suspek yang juga bekas anggota tentera bagi membantu siastaan.

“Suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 506 akta yang sama,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast