Pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam van yang terjunam di sebuah terusan di Sheikhupura. foto Agensi

ISLAMABAD – Sebuah van penumpang terjunam ke dalam sebuah terusan di daerah Sheikhupura di wilayah Punjab timur Pakistan malam tadi menyebabkan 11 orang penumpang maut, lapor media tempatan.

Van yang membawa 11 orang penumpah itu terjatuh ke dalam Terusan Mianwali di daerah Khanqah Dogran di Sheikhupura.

Polis dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi dan mengeluarkan mayat dari dalam kenderaan yang tenggelam.

Mereka yang maut itu termasuk tujuh anak, tiga wanita dan seorang lelaki, yang berasal daripada keluarga yang sama.

Menurut media, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Khanqah Dogran dari Gujranwala wilayah Punjab selepas bertemu dengan saudara-mara.

Seorang saksi berkata, pemandu van berkenaan gagal mengawal kelajuan kenderaan semasa tiba di tebing terusan hingga menyebabkan kemalangan. – MalaysiaGazette