PUTRAJAYA – Polis Putrajaya mengeluarkan sebanyak 16 kompaun di daerah yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu sepanjang tiga hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan semalam, lima kompaun pada 13 Mei lalu dan dua pada 12 Mei.
Menurut beliau, kesalahan bergambar di parkir bertingkat di Dataran Gemilang Presint 4 dikenakan kompaun paling banyak iaitu enam, manakala masing-masing empat kesalahan rentas daerah untuk beraya dan pekerja tidak daftar dan imbas suhu.
Masing-masing satu kompaun tidak ada kebenaran rentas negeri, rentas daerah untuk beli barang dan bergambar di Tasik Putrahaya tanpa surat rentas.
Sementara itu, dua kompaun dikeluarkan kerana datang ke Putrajaya untuk makan. – MalaysiaGazette