Anwar Ibrahim

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 dalam tempoh 24 jam untuk membantu rakyat Palestin yang diserang oleh Israel.

Ketua Pembangkang itu berkata, wang tersebut juga sudah disalur dengan segera.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan bersama-sama rakan-rakan dan kakitangannya terdorong dengan perkembangan semasa di Gaza.

Menurutnya, rejim zionis Israel telah melakukan kezaliman, keganasan dan kebidapan yang sudah keterlaluan, bukan kali ini sahaja tetapi sejak berdekad lamanya.

“Sekarang kita rasa gelisah dan meronta. Kalau hendah harap masyarakat international negara Islam pun lemah dan negara barat pula mengambil sikap yang hipokrit,” katanya melalui sidang video Facebooknya.

Beliau turut menyeru orang ramai terus menyalurkan sumbangan dan terus mendoa agar Palestin diberi kekuatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast